Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni..erm..sejak2 ada facebook blog aku pun terabai sekejap kesian dia.Tapi yang lebih kasihannya ialah bila melihat anak sendiri mula membesar dengan keadaan sekitarnya yang agak menggugat ketenteraman jiwanya.Itu pun dari sudut ibunya sendiri,tak pasti pula pada sudut pengalaman anak itu sendiri.
Semenjak aku berpindah dikediaman sekarang ini..segala yang berlaku agak bertentangan dengan apa yang dah dilalui semasa di rumah lama.memanglah kini dah dekat dengan tempat kerja aku.tapi aku nampak..demi kepentingan aku,keselesaan dan ketenangan keluargaku terabai.tak patu rasanya.
Yelah..suami makin jauh tempat kerja.anak xdapat perhatian seperti sebelum ini dan yang lebih memeritkan bila melihat amirah yang sedang membesar itu ingin berkawan.Namun dek kerana belum pandai bergaul dia seperti jadi mangsa buli pulak sian dia...aku yang tertekan dan sedih melihat kan dia.
Bukan aku tak halang dari di buli...tapi keinginan berkawan dia lebih besar hingga dia tak nampak dia sering diejek dan di cubit dan dia sanggup setia disitu walau sering menangis atas tekanan yang diberi.Kalau tak bagi campur kesian dia takde kawan.Entahlah aku tersepit dan tak pasti keputusan apa yang patut aku buat.Hem..Adakala rasa nak pindah balik rumah sewa lama tu.hem...kesian aku.
Setakat ni aku belum nampak pengaruh positif yang boleh anak aku belajar dari anak2 kejirananku.Tambah lagi adakala dia sering nak lari ke rumah jiran dan tak nak balik..terpaksa ibu dia ni angkat dia untuk pulang ker rumah...Tabahkanlah hati aku ni..Kasihan Amirah...