15 Jun 09 adalah tarikh dimana aku telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di PICC,Putrajaya.Hem let me story about APC.PICC,best.Apa yang best sangat?itulah bangunan besar yang biasanya diadakan majlis2 yang besar di Putrajaya.Bagi majlis APC yang aku hadiri ni dah macam menghadiri konvokesyen je.dengan kehadiran dari seluruh Malaysia ia adalah majlis yang agak besar dengan kehadiran 999 kakitangan berkhidmat KPTM.Tambahan pulak disampaikan dengan Menteri KPTM Dato' Khalid Nordin.
Cuma aku tak dapat bersemuka dengan dia sebab Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri KPTM.Huhu..Siapa dapat dengan Timbalan paling seronok sebab dia tak putus2 senyum sama pada kamera sampai semua terikut meleret senyum pada camera sekali.Selesai majlis, semua yang dirai di jemput menjamu selera makan tengahari yang menyelerakan.Senang cerita, puas hatilah menghadiri majlis ini..Mudah-mudahan ramai lagi yang akan terima anugerah seperti ini sebab rata-rata semua orang layak menerimanya terutama yang bekerja dengan komited.Ha..sebut pasal komited, inilah juga majlis anugerah yang disertakan dengan Anugerah Kakitangan Contoh!Bukan calang2 boleh dapat 5 orang jer yang tersenarai.tahniah pada yang berjaya...