Friday, November 11, 2011

YUM...Terubuk Masin + Nenas Lemak Cili Api


Alhamdulillah lama dah xtulis dalam blog ni...dari hari raya sampai dah raya haji..dah nak masuk 2012.

alamak teringat plk target sblm 2012 ada 1 x sempat buat kek idaman tu...huhu

minggu lepas sempat buat brownies cheese..peh lemak berkrim tp xsempat tuang topping coklat dah abis...maklum la benda sikit...
dah la tu xder loyang bulat...aku buat pakai la periuk bulat hahah..nak wat cheese kat tgh xjadi la sbb cheese xpadat aku dah tuang brownies yg dah muka mengeras dan berat...x cantik...tapi sedapppppp.....

sori kengkawan ...xsempat nak amik gambar kek tu... yang sempat rasa pun mak n hubby jer...
cam nak buat lagi lah nnt. tapi lmbt lg ar...repeat next year.haha (cam repeat paper jer)

Beberapa hari yang lepas nana bagi ikan terubuk... TQ NANA!!!
Dapat negeri Sarawak sebuah haha (magnet jer)...

Hemm...cita ikan terubuk...semalam masak lemak cili api dgn nenas.yum sedappp....
cuma pakai santan kotak....klu pakai santan segar lg sedap rasanya...betulla..aku rasa paling senang resepi ni blend....dan rebus HAHAHA....

Nak resepi ??? ni dia...

LEMAK CILI API TERUBUK MASIN DAN NENAS


*gambar copy dari syanasaid.blogspot

BAHAN-BAHAN

1 ekor terubuk masin
1 biji nenas
seketul kunyit ( lbh krg besar ibu jari )
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
santan (1 kotak santan segera@sebiji kelapa)
cili padi (bergantung tahap kepedasan yang anda mahu)

caranya:

buang garam dalam ikan dan rendamkan ikan
rebus nanas yang telah dihiris isinya dengan air dlm 3,4 mnt (untuk layukan@celur je)
sambil tu blend bawang merah,putih,kunyit,cili
tuang dalam periuk yang berisi nenas yang sudah direbus tadi
(xperlu garam @ gula @ asam sebab ikan da masin,nenas dah ada rasa manis dan masam)
ikan boleh goreng dulu jika nak kurangkan rasa masin.cam aku mmg suka goreng dulu.
last masukkan santan...kacau jangan sampai pecah myk santan...
ok boleh hidang...

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka dengan Nasi Goreng Paprik...YUMMM



Bulan puasa yang penuh berkat kali ini aku bersama 2 buah hati..Mira dan Husna.Tapi entah kenapa kali ni macam tak cukup masa nak masak.agaknya plan masa x betul kot.
Erm..
Lagi satu tu kelam kabut dgn kakak mira ni...balik2 rumah jer terus nak berjalan.erm..xreti dok umah agaknya..tu yang asik beli luar jer sampai nak masak2 takut x sempat..
Tapi akhirnya aku tekad...sebab pagi x sempat sahur dan nasi tak usik..Sooo..nak buat nasi goreng lah tapi goreng biasa x sedap..
Kita buat Nasi Goreng Paprik....yum yum
Uih alhamdulillah siap blh buat sahur lagi....sedap tau..

erm meh kita berkongsi resepi...original dari dapur ku cuma gambar x ori..wahahah


Bahan-Bahan Paprik :

1/2 ekor ayam - cincang kecil2 (supaya cepat masak)
*boleh tukar atau tambah udang atau lain2...pepandai ya

*sayur dalam sukatan secawan setiap jenis.Tapi xtentu semua kena ada.
lobak merah
cendawan
jagung muda
kacang panjang

lada ni lebih pada perhiasan atau tambah pedas
1 lada merah
1/2 lada benggala hijau

3 ulas bwg putih - cincang
2 ulas bawang merah -cincang
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
2 s/b lada boh
garam secukup rasa
5 helai daun limau purut
1 s/b tepung jagung campur air skt.
1 liter air

Bahan nasi goreng :

nasi putih sejuk ( yang di masak 1 put @ 1 stgh put)
2 ulas bwg putih -cincang
1 biji bwg besar -cincang @ potong dadu
1/2 kiub ayam
2 s/b kicap
2 s/b sos cili
sebiji @ 2 biji telur

Cara-caranya :
(Paprik )

1. Tumis bawang putih dan merah dan lada boh...agak2 da garing (bukan hangus tau) masukkan sos tiram,sos cili dan garam sikit..kacau2 sekejap
2. terus masuk ayam dan kacau kasi rata dulu pastu tuang air 1 liter (agak2 tenggelam ayam).
Biar kejap kasi ayam masak.(aku sempat basuh pinggan masa ni)
3. Pastu, masuk sayur2 termasuk lada merah dan benggala.
4. Bila sayur da empuk@ lembut masuk limau purut dan tepung jagung yang campur air . Kacau2.Da mendidih tutup api.ketepi kan.
aku suka kuah2 ni.kalau nak pekat tambah sikit tepung jagung n kurangkan air.

(Nasi Goreng)

1.
Tumis bawang putih dan besar...masukkan sos tiram,kicap dan cili dan kiub ayam.
(kalau nak tambah sayur campur terpulang ya)
2. Masukkan nasi sejuk dan kacau rata..nasi yang ketul2 tu pecah kan ya
3. Tepikan sikit nasi di kuali tu dan pecah kan telur tunggu jap,cramble kan telur tu dan kacau dengan nasi.Dah siap.


Da Boleh Makan....Selamat Mencuba n Berpuasa...

Monday, July 18, 2011

Cheese Cake Best!!



Suka sangat tengok blog rai yang padat resepi2 kek yang best!!!Rasa cam nak cuba semua jer...
Ceritanya pun complete gambar utk sesetengah resepi.So, senang paham la...

Haha terasa nak buat cheese kek la.resepi pun pakai keju ceddar jer.Aku pun guna chesedale amirah lah..ibu amik wat kek ya...nnt mira blh makan kek.(mira bukan suka sgt mkn kek).

meh la tengok resepi ni blh la cuba nnt
(ini da lbh kurang 2 adunan ni,blh muat loyang 9"@10"):

6 keping slice cheese
300 ml susu segar
6 biji telur di asingkan putih dan kuning nya
125 gram gula
100 gram tepung gandum
sedikit esen vanilla

cara buat:


1. Siat slice cheese kecil2



2. Campurkan susu segar



3. Masak di atas api sederhana sehingga semua cheese cair dan larut


4. Masukkan butter. biarkan butter mencair.



5. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik jer



6. dalam satu bekas pukul gula + putih telur sehingga kembang. (guna mixer max speed)



7. Pukul lagi sehingga ia menjadi meringue camni..
(proses nie sangat2 penting. kalau masa anda pukul tu still tak kembang dan telur cair je... better jangan teruskan.buat je yang baru..sebab mesti tak jadi nanti. check semula mungkin putih telur anda mengandungi kuning telur/air/minyak.sebab tu dia tak boleh kembang..dan make sure mixer bowl and bersih dan kering)



8. Ha.. nak tengok camana meringue tu jadi.. bila anda terbalikkan bowl tadi... tak jatuh wokeh adunan tu!!! tu tandanya dah jadi tau =)



9. Dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga kembang.



10. macam nie pun dah ok.




11. Untuk memudahkan kerja, masukkan sebatian cheese + butter + susu tadi dalam satu bekas besar



12. Masukkan kuning telur.



13. Kacau rata.Lepas ni kacau pakai senduk atau pemukul tangan jer



14. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik. jangan buat sekaligus masuk semua tepung.. nanti tepung tak boleh sebati.




15. Nak mudah guna pemukul tangan nie.. tapi tak yah pukul,cuma cukup sekadar nak ratakan tepung tu.. pastikan tepung tadi tak berketul2..



16. Masukkan 2 titik esen vanilla.



17. Akhir sekali masukkan meringue ke dalam adunan tadi. Gunakan cara kaup balik sehingga adunan rata.



18. Nak senang kaup balik, guna senduk kayu k.. hehehe. ok. dah siap sebati.


19. Gambar loyang bersaiz 20cm(copy gambo).Jangan lupa sapu butter di keliling permukaan loyang dan alaskan ngan kertas minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang.
Aku xder loyang camni so guna loyang 8x13" yang biasa jer.xyah tutup pakai kertas timah utk cara bakar bain marie.heheh

sesiapa yang confused inilah cara bain marie

20. Bakar menggunakan kaedah bain marie atau waterbath untuk mendapatkan cake yang lebih cantik... kalau nak tahu kaedah tu macamana... mudah je.. tutup bawah permukaan loyang tu dengan aluminium foil(jika pakai loyang removable base)... kemudian, masukkan loyang yang berisi cake nie ke dalam dulang/loyang yang lebih besar. masukkan air didih dalam dulang tu..lebih kurang paras separuh daripada loyang cake ni.. kemudian masukkan ke dalam oven pada suhu 170 celsius selama 20 min. kemudian kurangkan suhu kepada 140 celsius dan sambung bakar lagi 40 minit..

Disebab kak oven ku kecil dan kek ku besar...suhu ditukar 180C 20 mnt (api bawah) 150C 40 mnt(api atas bawah).

tengok2 la masa dah timer ke 2 jgn lama sgt nnt merekah atas nya.
Selamat mencuba.(Gambar hasil akan di letak kemudian)


Thursday, July 14, 2011

BUat KuIH lagi Hujung MinGgu (kek pisang & puding)



Waa...sangap ngantuk la...ujjung minggu ni memang masa tuk relax dan santai2.nak jalan2 pun xblh so cari la aktiviti yang seronok dan menguntungkan seisi keluarga...

hahah...mari kita main masak-masak lagi. Pisang lilin byk ni nak wat pisang goreng?x Syok la...semalam pisang goreng...samalam lagi pun pisang grg gak...tukar la kita wat kek pisang hahah..cari resepi skrg dah senang kita google jer...

Klu ikutkan xsesuai wat kek pisang pakai pisang lilin takut kelat..xkira nak jugak kek pisang..
buat-buat.jadik la pulak hahah...suka2 siap dapat cup cake pisang lg.erm salah2 kek pisang cawan.eh...sama x??? bantai jer la


Rasa....sedap jer.lain kali blh buat lg hihih (Dah tinggal separuh kena makan..)
Nak kongsi resepi...Bahan2:
2 cawan tpg gandum
1sk baking powder
1sk bikarbonat
1 cawan gula
3 cawan pisang yang dilenyek (agak2 jer)
1/2 cawan myk masak
esen vanila
2 biji telur

caranya:
Pukul telur dgn gula (sementara tu panaskan oven)
pas dah kembang masukkan tepung ,esen, baking powder n bikarbonat yg diayak bersama.Masa ni kacau pakai senduk pun da ok.klu pakai pemukul guna kelajuan rendah.
masukkan pisang...kacau lagi
last masukkan minyak kacau sekejap jer
Pastu ,masukkan dalam loyang yang dah di gris dgn minyak dan dialas kertas minyak.
tuang pun jgn penuh sgt nnt kek akan naik.
Bakar pada 180 C selama 40mnt @ 1 jam


Petang pulak rasa nak makan puding...barang da ada....apa lagi jom masak lagi.husna dan mira dah pandai main sendiri.Ibu tgk dari jauh jer ya.

Puding Marble Resepi Mak hihi...
Semua bahan palai agak2 jer sebab tanya dgn mak kan hehe..Nak cuba??
Kalau nak nnt saya bagi.resepi pun ada kat mak yang ada dlm kepala ni pun ingat2 lupa..haha
kesulitan amat dikesali...


Monday, July 11, 2011

Kursus Elektrik Domestik (KD Sultan Ismail)


Alkisah sudah berkurun rasanya nak buat kursus letrik ni...disuruh pun sudah tapi xpi gak buat...Lastly kena paksa dangan big bos.Ok la kita buat la nih..Nasib baik ada adik Raja Fara ni...hehe point besar utk fara sebab aku rasa dia paling bayak wat ngajo ni..
Bak kata fara...'xper la akak relaks sikit,akak ada family.saya ok'.



OK...amik barang masing-masing jgn rebut2 ya hihii...

Tapi ada kes emergency...ingat barang order sempat sampai.tunggu punya tunggu...mana ni dah nak wat amali ni.

zassss...... dengan segera pergi kedai.Nasib baik ada no telepon kedai hardware tu.malam tu gak bgtau suruh bukak kedai pepagi.
Esoknya,lalu depan kedai...dah buka.beli jer lah RM100 gak habis.xperla claim dengan En Nazir (Ketua Program SBM).Nasib baik ada duit program.

Barang kat kedai pulak mmg kasi perabis la stok barang PVC konduit tu.erm...

Walau dalam keadaan kesempitan pun kursus ini sangat sukses dengan kerjasama pelajar kami dari KD Sultan Ismail.Diorang pun dah terra!! yang paling respect tu cara diorang conduct n contact sesama diorang.bersih bengkel letrik disapu nya(bukan barang2,habuk2 jer)mmg bersih.

Tahniah ya pada peserta semua...23 org...semua lelaki.cikgu pempuan 2org.Lain kali xder masalah la kitorang nak wat kursus lagi .dah ada pengalaman la katakan.yang jadi silap tu moga xkan berlaku lagi.


Buat kasi nyala k...
Jangan salahkan kami.depa ni yang pilih 1 bay kongsi 2...janji blh wat kerja yer



Org2 ni ...dah terra.orang lama...dah penuh ilmu dlm dada cuma refresh jer ni.


HAH!!! NYALA PUN...TERANG RUMAH TOK...



Bergambar dengan peserta-peserta KD Sultan Ismail

Thursday, July 7, 2011

Pudding roti simple giler...

Semalam stock roti banyak la pula..dah due nih, kena wat sesuatu.Dengan segeranya terus ke dapur lepas balik kerja...Kebetulan pulak tetamu amirah ramai pulak.erm xperlah...
Alihkan husna ke dalam bilik untuk elak kemalangan tidak berbau.

Teruskan memasak...mira pun bukan main suka la bila tgk mak dia masak...waaaa....
ibu masak roti ker..?tetamu mira suma jengah-jengah nak tengok aku buat per.hahah...
Lebih kurang begini lah rupanya tapi gambar import...sendiri punya xsempat nak amik dah selamat...lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk...
Nama pun pudding yang simple kan ....so rasa dia pun xla sehebat resepi yang ada letak cream dan gelatin(serbuk jeli) tapi xper la tuang sikit susu cair wat kuah dia.emmm sedap jer lah.
kot ada yang nak cuba2 blh try ya resepi nih...
  • 6 Keping roti (terlebih 1-2 keping pun xper)
  • 1 sb mentega/ butter cup
  • 2 cawan gula - agak2 la rasa pun xper
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1/2 sk vanilla
  • Kismis
cara2 dia pulak :
  • sapu mentega pada roti .koyakkan roti tu susun kat dalam loyang
  • tuang 3/4 susu cair dan rendam sekejap dalam 15 mnt.
  • pukul telur,vanila.kismis dgn gula (agak2 sebati pakai whisk)pastu campur dengan roti yang direndam tadi
  • Lepas tu bakar dalam suhu 220 C dalam 20mnt.
  • bila dah masak(kekuningan)keluarkan,biar sejuk dulu...simpan dalam peti ais.makan...
tapi kalau rasa nak makan panas-panas...silakan.

Tuesday, July 5, 2011

Kek Harijadi Amirah



Sekarang Amirah da 4 tahun...dah besar anak ibu ni.Dek kerana nak puaskan hati n kurang kan modal...tak kisah la kalau susah sikit ...wat la kek sendiri.Kalau tengok pun kek ni nampak cam 2 tingkat tapi kenapa pelik sikit kedudukan yang atas tu?xperla janji ada kan..
Wat la kek span strawberi dengan buttercream...pastu hias dengan fondant dan edible image of Dora..
Sambutan pulak kita wat kat sekolah jer..boleh makan ramai2 dengan kawan2 mira hihi.



Comel x.Edible order dengan Kak Comel amik kat Setia Tropika.TQ kak Comel.Dengan kek ini jugak la 1st time wat kek...susah rupanya aku sendiri wat dari malam sampai 1 pagi.Merasala macam mana mak aku wat kuih sampai bersengkang mata...anak2 pulak da tido.tapi berbaloi bila da siap...


Terima kasih cikgu-cikgu mira yang memuji thihi...lain masa akan di perbaiki lagi.untung-untung lagi sedap kan.
Bercita-cita pulak nak beli sebiji mixer kenwood rapi dek kerana harganya dekat 3-4 ribu tu menggaru kepala gak...kena wat tabung la camni...
Moga moga impian tercapai...akan ku usahakan jua...amin..

Target sebelum tahun 2011

Dalam beberapa hari ni sibuk survey resepi-resepi kek untuk dicuba.Lebih-lebih lagi lepas kek harijadi Amirah dah jadi.Ada semangat pulak nak mencuba macam-macam resepi nih.hehe...(xderla hebat sangat pun).Ada pulah satu resepi ni,berkenan betul nak cuba tapi mak aih panjang berjela...wahai kengkawan doakanlah aku berjaya mencapai target untuk wat kek ni....Resepi Chocolate Indulgence Cake Ala2 Secret Recipe.



Sumber : resipi citarasawan


Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.